Mengikut Pandangan Mazhab Lain - Umum

jogjacamps.blogspot.com - Soalan Blh kah sy mengikut mazhab lain selain syafie dlm bab najis berat iaitu hanya air liur anjing saja najis?sama seperti zakat yg kebanyakan org dimalaysia ni tak mengikut pandangan imam shafie..?k2 tahun sy memgalami penyakit was2 tentang najis berat..kerana sy lihat mazhab lain lebih ringan tentang hal ini..tolong saya ustaz..hari2 sy bersertu kerana keaadaan di luar jika kita lihat mmg x dpt dielakkan dri terkena najis berat ni..afa ustaz ckp itu hanya kiyas..kita bleh ikut mana2 pun.. Jawapan Kita bukan boleh sewenang-wenang menggunakan/mengambil mazhab lain selain dari mazhab Syafie dlm membuat sesuatu keputusan sekalipun ada ruang membolehkannya kecuali sesuatu yg amat-amat terdesak/dharurat dan paling ringan dgn tak melibatkan orang lain. Hal ni tak sama dgn isu zakat yg telahpun diputuskan orang kerajaan dan jg jawatankuasa fatwa kebangsaan. Persoalan disini adakah tuan selalu dan teramat kerap dgn sentuhan anjing/najis mughalazah sehingga terpaksa tiap masa disertukan? dan bagaimana tuan memahami situasi najis yg terkena kepada anggota badan dan lain-lain samaada pakaian / kenderaan / rumah dan sebagainya? dan apakah tuan faham dlm situasi tertentu dlm mazhab Syafie membolehkan/melonggarkan/dimaafkan kita tak perlu sertu jika terkena najis mughalazah. Sebagai contoh: Kesan Najis mughallazah berada pd air dijalan raya yg ketika itu tuan sedang memandu kenderaan yg sudah pasti kesan najis tersebut terkena pd bodi/enjin kenderaan tersebut / pun jika tuan bersalaman dgn orang kafir di restoran yg baru sahaja selesai memakan najis mughalazah adakah tuan mengelak dari bersalam / sebaliknya? ataupun ketika anda sedang berjalan tiba-tiba sisa najis mughallazah termasuk dlm mulut tuan / termakan najis mughallazah tersebut dan hal ni adakah dlm mulut tuan itu jg perlu disertukan?. Syarak memberi kelonggaran sehingga membolehkan kita tak perlu disertukan atas alasan-alasan yg munasabah. Oleh itu dlm mazhab syafie jg ada kelonggaran-kelonggaran tertentu pd pandangan ulama sehinggakan kita tak perlu disertukan atas situasi sedemikian samaada melibatkan dharurat / sebagainya. Walau bagaimanapun dlm hal tuan ni ada ruang-ruang yg membolehkan kita tak payah kita menyertuinya sekalipun tak menggunakan mazhab lain. Penal berpandangan jika kita gunakan mazhab lain dibimbangi boleh mendatangkan kesan sampingan yg lain sehingga ia dianggap mempermudah-mudahkan hukum sehingga boleh menjadi ikutan dan amalan kepada orang lain

other source : http://bbc.co.uk, http://insafislam.blogspot.com, http://viva.co.id

0 Response to "Mengikut Pandangan Mazhab Lain - Umum"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *