jogjacamps.blogspot.com - MANGSA menceritakan detik cemas ketika dipukul di rumah rakannya, semalam.
Kota Bharu: Saya tak salah dlm hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Tapi mereka menyerang saya seperti samseng.
Disebabkan kejadian itu saya takut untk keluar rumah dan trauma hingga kini, kata mangsa pukul beberapa wanita yg rakaman videonya menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.
Dalam rakaman itu, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, dibelasah teruk dan dimalukan gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dgn teman lelaki pelaku serta suami orang.
Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Menurut Nila, dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling ramai rakan wanita berkenaan.
Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Kes dlm perhatian pihak berkuasa dan saya tak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.
Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tak bersalah dlm hal ini. Semua yg terjadi akibat rasa tak puas hati dan salah faham, katanya.
Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pd 13 Oktober kerana rasa tak puas hati, tapi tiada pihak merakam kejadian itu.
Kerana masih tak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dlm kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.
Mereka pukul saya dgn teruk dan merakam kejadian yg berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yg dia dendam sangat kerana tak mempunyai hubungan dgn teman lelakinya seperti didakwa.
Saya jg tak tahu-menahu mengenai barang kemas yg didakwanya dlm milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka, katanya - HMETRO
other source : http://solopos.com, http://news.detik.com, http://media-info-semasa.blogspot.com
0 Response to "‘saya Mangsa Keadaan & Fitnah’ - PELIK"
Post a Comment