jogjacamps.blogspot.com - 7 Oktober yg lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik sekeping gambar yg menunjukkan lima orang lelaki yg dipercayai warga Bangladesh sedang menunggu untk diberikan agihan daging korban di sebuah masjid yg tak dinyatakan lokasinya.
Selepas sembahyang, upacara korban dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yg dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai sebelum dibahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.
Menurut sumber, lima lelaki Bangladesh ni mahu menyaksikan ibadah korban tersebut dihalau bagaikan binatang oleh seorang individu yg bergelar Haji. Malah mereka jg turut kempunan mendapatkan agihan daging korban.
Andainya kejadian ni benar-benar berlaku, ni satu perkara yg amat menyedihkan serta memalukan. Walaupun mereka warga Bangladesh, mereka jg manusia dan jg saudara Islam.
Sudahlah mereka terpaksa meninggalkan keluarga, berhijrah jauh dari kampung halaman demi mencari rezeki untk keluarga mereka. Apa salahnya bersedekah kepada mereka?
Bagaimanapun, ada yg mendakwa pd ketika itu, daging-daging masih belum siap dibungkus. Pihak masjid jg telah mempelawa mereka makan tengah hari bersama dan mereka turut diberikan kopun.
Namun, dakwaan itu dinafikan terus oleh seorang saksi yg berada di tempat kejadian dan mendakwa kenyataan terbabit cuba memburukkan imej UMNO.
Seorang saksi yg jg penduduk di kawasan tersebut tampil menjelaskan bahawa kejadian yg sebenarnya.
Menurut Hairun NishaQaliesya, pakcik yg dikatakan Haji itu, memang ada bertanya kepada lima lelaki warga Bangladesh terbabit sama ada mereka Islam ataupun bukan. Setelah mendapati mereka beragama Islam, pakcik terbabit memberikan mereka makan dan jg daging korban. Bukan seperti yg didakwa oleh pengguna Twitter terbabit yg nyata melencong dari fakta asal.
Menurut Hairun lagi, Pakcik yg dikatakan Haji itu bukanlah Haji yg sebenar-benarnya. Beliau hanya berpakaian seperti seorang Haji dan menjadikan penduduk di situ memanggilnya dgn panggilan Haji.
Itulah cerita sebenarnya. - My Media Hub
other source : http://bradonews.blogspot.com, http://fb.com, http://pinterest.com
0 Response to "Cerita Sebenar 5 Warga Bangladesh Tidak Diberi Daging Korban - Semasa"
Post a Comment