jogjacamps.blogspot.com - Sdr Akmal Nasir tampil dgn pendedahan baru:-
BENARKAH WANG YaPEIM RM 290, 000 DIGUNAKAN UNTUK PENGANJURAN KURSUS PERKAHWINAN DI PARIS YANG DIRASMIKAN OLEH DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM?
Saya terkilan dgn keengganan YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom untk menjawab persoalan-persoalan yg dibangkitkan mengenai skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan sebaliknya masih meneruskan ugutan untk menyaman saya.
Maka, disini saya tampil untk pendedahan berikutnya mengenai bagaimana wang YaPEIM telah digunakan untk penganjuran program di Paris, Perancis yg tak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.
Berdasarkan bukti yg diterima oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), terdapat 2 buah program yg dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pd hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.
Aktiviti pertama dibiayai menggunakan wang YaPEIM dikenali sebagai ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah’ yg berlangsung bagi tempoh 20 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014 dgn jumlah kos RM 176, 500.00.
Pembiayaan kedua pula dibuat atas nama ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’ yg berlangsung bagi tempoh 29 Disember 2014 sehingga 3 Januari 2015 dgn jumlah kos RM 113, 500.00.
Kedua-dua program ni dikatakan hanya melibatkan 100 orang peserta iaitu terdiri rakyat Malaysia yg belajar / menetap di Paris.
Manakala, jumlah keseluruhan wang YaPEIM yg telah diambil dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) untk kedua-dua program ni adlh RM 290, 000.00.
Berdasarkan fakta-fakta yg dikemukakan,
1. Benarkah kedua-dua program ni telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom?
2. Apakah kewajaran menggunakan wang YaPEIM bagi penganjuran Kursus Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan di Paris dgn kos RM 290, 000 yg berlangsung selama 14 hari / 2 minggu di Paris, Perancis?
3. Mengapa dana YaPEIM digunakan untk penganjuran kursus ni dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)?
4. Tidak adakah anak yatim / miskin di Malaysia ni yg lebih layak dan memerlukan untk dibantu oleh YaPEIM?
Jika Dato’ Seri Jamil Khir beranggapan penggunaan wang YaPEIM RM 290, 000 untk penganjuran program di Paris dan sebelum ni RM 590, 000 di Amerika Syarikat tak salah kerana mengikut prosedur, ni akan menimbulkan persoalan mengenai intergriti dan moral beliau yg membiarkan pembaziran ni berlaku sedangkan beliau adlh Menteri yg bertanggungjawab.
Saya yakin lebih setengah juta rakyat Malaysia yg membuat potongan gaji tiap-tiap bulan untk didermakan kepada YaPEIM adlh untk tujuan amal jariah dan kebajikan, bukan dibelanjakan untk penganjuran program-program di luar negara.
Nasihat saya kepada beliau selaku Menteri Hal Ehwal Islam, jawablah persoalan-persoalan ni dgn rakyat di luar sana dan bukan dgn saya di mahkamah.
16 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)
Thursday 31 December 2015
0 Response to "Kursus Kahwin Jamil Khir Bernilai Rm 290 000 Menggunakan Wang Yapeim - Foto"
Post a Comment